Tentang Kamu
Assalammualaikum warrahmatullahiwabarakatuh
Sudah masuk hari ke-16 dalam edisi ke-7 persetankan dan sambutan adalah lebih dari tahap memuaskan.
Terima kasih kepada perhatian, dedikasi, dan kontribusi anda.
Saya cuma ingin tekankan semula objektif tema bulan ini.
LAGU – sebaris lirik tentang kamu. BUKAN serangkap. BUKAN dua, atau tiga baris.
Lirik itu adalah tentang kamu, BUKAN tentang fhoto.
Lirik itu adalah tentang kamu, BUKAN tentang lagu itu.
Jika tercapainya objektif ini, harapnya kita dapat berkenalan antara satu sama lain dengan lebih dekat, jika tidak lebih personal.
Setelah dirujuk semula dalam satu perbualan virtual pendek dengan presiden yang sedang berehat, fhoto adalah terhad kepada tiga sahaja. 3. TIGA. Mulai sekarang.
Untuk perhatian semua sekali lagi, senarai e-mel yang disertakan dalam kondisi pertanyaan kontribusi adalah mereka yang sedia membantu dan mengepos fhoto anda untuk bulan ini.
Admin²/ moderator² lain yang tidak ada e-mel mereka di situ memerlukan kelapangan untuk urusan masing-masing. Sila hormati privasi mereka dalam masa kritikal ini.
Tolong jangan poskan kontribusi anda kepada mereka yang tiada e-melnya dalam senarai tersebut walaupun ianya telah menjadi kebiasaan anda untuk edisi² sebelumnya.
Sila renungkan tujuan setiap isi dengan lebih mendalam.
Sekian, terima kasih.
Wasalam.
2 Comments:
so,if i'd want to contribute something here, for this month, where shall i send my piece to?
afzan06: bagi pihak persetankan, kami sangat terharu dengan keberiyaan anda. walaubagaimanapun, peraturan telah ditetapkan. jangan bimbang afzan, anda masih ada peluang utk memperbykkn koleksi anda. stick around, kami akan ada tema-tema baru yang lebih mudah untuk difahami.
dd: pls copy and paste this url on your window: http://persetankan.blogspot.com/2006/03/persetankan-edisi-07-mac06_01.html. thank you for dropping by. in future, pls read again and again and again until sure sangat² apa yang anda cari tue tiada di sini dan barulah refer kepada kami. again, terima kasih. ;-).
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home