Tuesday, July 25, 2006

Projek Persetankan Ke Arah Satu...

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Perkara di atas adalah di rujuk. Sehubungan dengan sambutan yang menggalakkan bagi post Chairman of The Board yang lepas, berkenaan dengan isu situs DFJJ yang ingin mengutip sumbangan ikhlas untuk pembelian hosting dan domain, saya telah diberikan arahan untuk membuat kutipan ikhlas dari sahabat sahabat semua. Jadi merujuk kembali kepada perkara ini, pembelian hosting dan domain akan dibuat oleh saya sendiri dan diharap semuanya bekerjasama dengan memberikan pertolongan dan kesabaran selepas pengumpulan amaun kutipan, kerana perkara ini tidak boleh gopoh, perlu tertib. Jadi bagi mereka yang bersetuju dan berbesar hati untuk menyumbang bolehlah dilakukan si sini: Nama : KALTHUM BINTI MOHD DIAH No. Akaun : 1625 2608 8050 Bank : Maybank Untuk pengetahuan sahabat sahabat, akaun di atas adalah akaun ibu saya, kenapa kami menggunakan akaun ini adalah kerana dengan akaun Maybank, kerja jadi mudah. Hanya perlu menggunakan Cash Deposit Machine dan mereka yang punya Maybank2u, bolehlah membuat online transfer. Tidak perlu lagi berasak ke kaunter bank. Dan masalahnya, tidak ada seorang admin pun yang punya akaun Maybank (bengong tul). Jika ada cadangan lain, sila kemukakan di sini, bagi mereka yang rasa lebih selesa untuk mengepos wang tunai, sila contact atau sms Chairman Of The Board, Beck di 016 - 434 1044. Sumbangan tidak perlulah terlalu banyak, sekadar cukup dan ikhlas sahaja. Jika sumbangan yang diperolehi melebihi keperluan belian, akan kami gunakan untuk tujuan gath yang akan datang yang mana semua kalian dijemput. Jika sumbangan telah dibuat, sila kemukakan kepada Bali di 017 - 625 0310 (SMS sahaja) masa, tempat, kaedah sumbangan (CDM, bank transfer, kaunter, online) amaun dan juga nama untuk disahkan oleh saya. Jangan risau, sumbangan ikhlas sahabat sahabat semua akan digunakan sebaik mungkin, dan segala bukti pembelian seperti resit akan kami kemukakan setelah membeli hosting dan domain. Dan diharap selepas itu, kalian semua bersabar kerana untuk setup hosting dan domain baru PERSETANKAN akan mengambil sedikit masa, tapi lambat laun akan berjaya. Dan kami masih lagi menerima cadangan domain name situs ini, yang ketika ini, majoritinya memilih PERSETANKAN.COM. Harap maklum. Board Members Orang Kanan, Bali Kuching Taurus + Misai Nipis

10 Comments:

Blogger jarri said...

hore.
persetankan.com
tengok la kalau ada duit belen, aku sumbangkan la. maklum le aku ni student.

7/25/2006 03:23:00 PM  
Blogger edt83 said...

orite bali...hosting yg mane ko amik nih?

7/26/2006 12:55:00 PM  
Blogger edt83 said...

cadangan....akaun BCB...ade org tade mebeng to u...cam aku... so channel-e aa..:D..cas rm2 kalo ke maybank....

7/26/2006 01:06:00 PM  
Blogger beck said...

kalau pakai CDM kan senang, bank in je pakai Cash Deposit Machine yg mmg ada di semua cawangan MAybank... senang, mudah, no hassle...

wenggggggg....

7/26/2006 01:28:00 PM  
Blogger bali said...

yer pakai mesin CDM tu, not RM10 diterima

7/26/2006 02:52:00 PM  
Anonymous rayzaw said...

ada rezeki lebih..aku akan donate. ku sentiasa sapot usaha korang walaupun takde contribute apa sekarang ni. hehehe.

7/26/2006 10:42:00 PM  
Blogger edt83 said...

baek incik bali...baek incik beck.....

7/29/2006 09:34:00 AM  
Blogger nazirah and the greenpower said...

insyaAllah kalau ada duit lebih nazirah akan turut sama menyumbang.

persetankan.com -- best!

7/30/2006 05:46:00 PM  
Blogger syntheticsoul said...

caiyok2 persetankan.com !!!
ada rezeki aku donate.
heheeh

8/02/2006 05:37:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Keep up the good work drop cast iron bath tubs Hot tub vacations burr oak ohio List houston golf courses holes green fees Free best fioricet information online Free pornstars hardcore pics uniden telephone answering machines Neurontin 300mg.com

2/16/2007 12:32:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home