Friday, July 21, 2006

Public Announcement July 21 2006
DFJJ Towards Becoming ONE...

salam semua sahabat sahabat DFJJ @ Persetankan... diharap semuanya berada dalam keadaan yang menyamankan dan diredhai Allah SWT. aku harap announcement ini diterima dengan baik dan ingatlah bahawa apa sahaja yang diperbincangkan di bawah, adalah di kalangan sahabat, yakni pengkontribusi di DFJJ ini sendiri. seperti yang sedia maklum, DFJJ telah pun melepasi thema ke11nya yakni MALAM. jadi jika diikutkan logik, satu thema untuk satu bulan, jadi the next thema akan menjadi milestone kepada setahun DFJJ berada di alam maya ini dan menjadi kebanggaan kita semua atas segala hasil usaha yang kita telah gembleng dan bergotong royong, memberi sumbangan, secara langsung dan tidak langsung. jadi terima kasih diucapkan kepada sahabat sahabat semua ikhlas daripada team admin DFJJ. walaupun dilanda pelbagai kontroversi, penipuan dan kebencian orang, kita masih di sini, meneruskan niat murni kita berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain dengan hasil usaha kita sendiri, yang semakin hari semakin amat membanggakan. tujuan aku menulis posting tergempar ini adalah berkenaan dengan masa depan situs ini juga. seperti yang sahabat-sahabat tahu,kita sudah mahu mencecah usia satu tahun, jadi admin admin DFJJ telah beberapa kali berbincang dan mendapat kata sepakat untuk melakukan beberapa perubahan besar. berikut adalah beberapa perkara yang telah lama dibincangkan.

  1. hal hal yang berkaian dengan logo atau button. pihak admin telah berusaha mewujudkan satu button atau logo utk sahabat sahabat bernaung di bawah satu crest yang sama. untukpengetahuan semua, logo ini sudah 85% siap dan akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. di harap selepas ini, logo itu akan digunakan untuk dipaparkan di laman web kepunyaan sahabat-sahabat sendiri, sebagai tanda sukongan dan juga kempen membesarkan keluarga kita sebagai sebahagian daripada promosi. logo ini juga mungkin akan dijadikan sticker atau button pin yang di kemudian harinya akan dijual kepada ahli ahli dgn harga kos, tiada keuntunganakan diambil, maybe sikit je untuk tabung gath and all.harap maklum.
  2. perkara berbangkit mengenai hosting dan domain untuk DFJJ.pihak admin telah berusaha untuk mendapatkan hosting baru untuk menempatkan DFJJ dibawah satu sistem baru untuk membuat arkib hasil kerja lama sahabat sekalian, dan tidak lagi menggunakan blogspotdan juga menggunakan .com sendiri yang lebih afdal dan menarik. hal ini telah dibincangkan dan dlm proses mengambil tindakan selanjutnya yang akan di sentuh di bawah nanti.
  3. meeting atau perjumpaan kecil admin dan juga ahli dalam waktu terdekat ini juga akan diadakan, tetapi arikh dan masabelum ditentuka, dan akan diberitahu sedikit masa lagi. harap bersabar. kerana suah ada yang mahu lepas geram tidak berjumpaberbulan lamanya dan ada juga yang geram kerana mahu berkenalan dengan sahabat sahabat DFJJ yang lain. Insyallah akan diadakan dengan meriah.
  4. penambahan beberapa orang muka baru dalam board DFJJ kerana beberapa org ketua turus sekarang sudah sibuk sedikit dengan kerja dan penempaan baru mereka.jadi muka muka baru yang dilantik akan meneruskan tradisi DFJJ dan semestiya akan mengukuhkan lagi DFJJ di masa hadapan.

maka, perkara yang seterusnya adalah diminta untuk sahabat sahabat sekalian ambil perhatian:-

  1. berkenaan dengan hosting dan domain. pihak admin telah mencadangkan agar duit yuran hosting dan domain dikutip di kalangan admin sahaja, tetapi oleh kerana ada masa perbincangan telah berjaya dihidu oleh ahli ahli lain, mereka memberikan cadangan untuk membuka sumbangan ini kepada semua ahli DFJJ. seperti yang diketahui, DFJJ tidak pernah meminta sebarang yuran ahli dan sebagainya. apa yang diinginkan di sini, adalah sumbangan ikhlas yang tak seberapa untuk sama sama menjayakan DFJJ yang masih kecil ini untuk berkembang di masa tedekat dan akan datang. jadi sumbangan sahabat sahabat sedikit sebanyak dapat melancarkan kerja kerja pemajuan DFJJ. Ketika ini, kutipan antara admin dan moderator hanya boleh menampung perbelanjaan hosting yang kecil, dan domain juga masih belum mampu dibeli. kami tidak meminta sahabat sahabat sekalian menyumbang sehingga ratusan ringgit, cuma ikut kemampuan dan kemahuan. dan juga mereka yang sudi menyumbang sahaja, bukan kewajiban untuk bersama DFJJ di sini. ianya diambil sebagai sumbangan ikhlas.
  2. berkenaan dengan nama domain pula, terdapat dua pilihan sama ada mahu menggunakan DFJJ.COM atau PERSETANKAN.COM, di comment nanti, sahabat sahabat semua boleh memberikan pendapat sekalian, dan mungkin kita akan adakan poll.
  3. berkenaan dengan gath atau eeting kecil DFJJ yang sepatutnya di adakan pada bulan 7 yang terpaksa ditangguh akibat kesibukan admin lain, harap sila kasi cadangan supaya boleh diperbincangkan di sini. mengenai tarikh dan tempat dan agenda perhimpunan.
  4. perlantikan muka muka baru DFJJ. buat sementara ini, kami mencari pengkontributor kerap yang mempunya akaun blogger, yang rajin dan berdedikasi untuk menguruskan hal hal DFJJ ketika admin dan moderator lain sibuk. jadi sesiapa yang berminat, sila kemukakan nama dan alamat email yang digunakan untuk blogger.com.

jadi perkara berikut adalah diharap boleh diperbincangkan dengan serius di ruang komen. cadangan, pandangan dan komen amat diambil berat. begitu juga dengan cadangan thema bulan depan. diharap lengkap segalanya posting ini, dan sahabat sahabat semua akan mudah faham... sekian. harap maklum...

wallahhualam...

dengan ikhlas, beck`` MONYET ARIES BERKEPALA MERAH

p/s:- maaf tulisan nampak sesak, menaip di laptop amat menyusahkan.

24 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Sebagai penkomen pertama - eh ye ke pertama ek? - saya mencadangkan nama DFJJ.com di domain baru nanti. terima kasih. :)

7/21/2006 02:37:00 PM  
Blogger Postnatalcareset said...

yeah! DFJJ.com ia lebih nampak internasional. heheh yeah. aku mahukan button, sticker dan lain2 cenderahati. aku mahu lekatkan dimoto aku, supaya lebih laju lagi. yeee.. dengan adanya sticker itu moto aku boleh pergiiiiii.. ok terima kasih.

7/21/2006 02:39:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

saye menyokong kuat atas segala cadangan monyet aries berkepala merah dan keputusan mod2 yg laen.

DFJJ.com tampak lebeh profesional.

saye sokong DFJJ.com.

Happy 1st Anniversary soon DFJJ!!

7/21/2006 02:58:00 PM  
Blogger Zinnia Rum said...

saya menyokong persetankan.com.

dude beck. tema rahsia bermula pada bulan september. blom setahun le dude. aku pon pelik ngan matematik ni. camne aa tema dah nak masuk 12. ke kita ada silap dulu?.

7/21/2006 03:14:00 PM  
Blogger Postnatalcareset said...

persetankan.com pun nampak cool. whahah. ermm buat dua nama tuh jerk laa.. whahha

7/21/2006 03:17:00 PM  
Blogger Jarri said...

aku suka persetankan.com

7/21/2006 10:33:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

nizamnuri,
rasanya dia macam hari dan jam. kira permulaan bulan september sampai bulan ogos, 12 bulan. hehe.

Pada pandangan saya , walaupun persetankan.com tu pun bunyi cool, nama tu mungkin akan menimbulkan persepsi negatif dari potential contributors atau observers yang tidak memberi perhatian tentang objektif site ini.

7/21/2006 10:41:00 PM  
Blogger kiezamy said...

DFJJ.com

kalau nak join board of directors..eh silap.. DFJJ nie camner lak? hehe ;)

7/21/2006 11:19:00 PM  
Blogger bali said...

aku cadangkan setanberahi.com

7/22/2006 12:46:00 AM  
Blogger tumpanglalu said...

aku lak cadangkan fotojeritanjiwa.com

7/22/2006 02:05:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

i second for DFJJ.com or persetankan.com.
yang derma tuh?camna nak salurkan?

7/22/2006 06:52:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

jeritanjiwa.net!

haha.tiba2 je.

ok je nak guna paid domain ni. akan memberi sumbangan, InsyaAllah.

7/22/2006 02:33:00 PM  
Blogger Jarri said...

wo.
voice. lebih baik beli domain dotcom banding dengan dotnet. ada sebab2 dia. kalau kita google, yang akan kuar dulu adalah dotcom. aku pun suke dotnet tapi bila aku study bebetul, dotcom adalah lebih baik.

bali,
setanberahi.com? haha. nak buat web lucah ke ape?

bagi aku persetankan.com mmg la nampak negatif tapi apa ada pada nama? kita leh state kan dekat title mcm yg sekarang ni, situs digital photo jeritan jiwa. semua orang leh tahu mesti ada gambar kat dalam. bagi aku nama ni sedap la.

7/22/2006 07:28:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku vote persetankan.com

7/24/2006 03:29:00 AM  
Blogger edt83 said...

aku vote dfjj.com or persetankan.com ...ble vote 2 kan..

"perbincangan telah berjaya dihidu oleh ahli ahli lain"<<--tuju kt aku ke???

7/24/2006 01:25:00 PM  
Blogger Suri said...

persetankan.com

7/24/2006 05:06:00 PM  
Blogger pakDEN said...

persetankan.com

7/24/2006 08:50:00 PM  
Blogger Jsmn said...

persetankan aku suka tapi takut org ingat apekejadahnya persetankan tuh.. mcm anti ape2 jerk. jadi, aku nak bubuh nama pedulikan.com. hahah

aku vote persetankan. coz we've been using dat sejak sekian lama.

7/24/2006 10:30:00 PM  
Blogger bali said...

majoriti pilih persetankan.com, bagaimana tuan presiden? perlu buat pool ke. kat logo aku sudah letak persetankan. takleh tukar dah haha.

7/25/2006 02:12:00 AM  
Blogger Abah Adrian said...

penerangan untuk nizam nuri...

september - 1
oktober - 2
november - 3
disember -4
januari - 5
februari - 6
mac - 7
april - 8
mei - 9
jun - 10
july - 11
augus nye thema - 12
september cukup setahun la...

kan nizamnuri. betul le tu... ko pening kot...

7/25/2006 08:46:00 AM  
Blogger Suri said...

persetankan lebih sinonim ngn blog ni since dlu... btul tu jasmine

7/25/2006 05:50:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Persetankan.com sebagai domain. DFJJ is the crew. Yeah!

7/25/2006 08:18:00 PM  
Blogger Postnatalcareset said...

whahah.. yeah..yeah..

7/26/2006 10:16:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... blowjobs by mom free microsoft word training cd Blocker free pop spyware up pop up control pain relief gel migraines test pop up blocker Affiliate business promotion site pop up blocker Popup yahoo free pop up blocker White guys and black girls sex pics 1995 chrysler dodge grand caravan hubcap Pop up message block blocker popup shareware Blackberry tree photo Charlotte nc cheap mattress full Jeep liberty consumer report Download pop up blocker search bar Wilderness hiking boots Bitch please shirt Blocker online optimum pop up

2/16/2007 02:52:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home