
Friday, June 30, 2006

Thursday, June 29, 2006



Wednesday, June 28, 2006

arki dan sahabatnya
Tuesday, June 27, 2006

Monday, June 26, 2006


Sunday, June 25, 2006





Saturday, June 24, 2006

Friday, June 23, 2006

Thursday, June 22, 2006
RANtai DecemBer 2006




Wednesday, June 21, 2006

Tuesday, June 20, 2006

Sunday, June 18, 2006





Saturday, June 17, 2006

Thursday, June 15, 2006

Wednesday, June 14, 2006
Tuesday, June 13, 2006
POSERs: UPDATE - by BECK
ini adalah kenyataan ekslusif siposer di blog kenalannya, NASHREX (kami tidak bermusushan dgn NASHREX)...
afzan06 on 9:38 AM
"aku tutup blog pasal kena maki hamun dengan bebudak SDFJ tu...penat aku nak delete kata2 maki diorg setiap hari...kalau aku salah sekali pun jgn la ckp kata2 lucah kat blog aku....sudah berapa kali aku cakap aku salah....tapi bukan kesemua tu gambar curi...
aku tutup blog pasal xnak panjang2kan cerita. Benda ni xakan abis walaupun aku dah mengaku bersalah. Lagi pun ramai yg dah sakit hati dgn aku.....
aku tutup blog pasal aku ada komitmen dgn kerja. Lepas world cup ni aku dah cau ke sudan. Kerja dgn company minyak mcm tu la...tukar2 tempat kerja.
aku hanya bg kenyataan eklusif ni hanya di blog ko saja...tiada kat tempat lain. Pasal aku masih anggap ko kawan walaupun ko ckp apapun pasal aku.
Pada kawan2 semua minta maaf. Aku sebnarnya sekadar suka2 je pada asalnya...tapi xtahu la dah jadi benda serius. Yg buruk tu dtg dari aku dan yg baik tu dari kalian.
ikhlas Amirul Afzan"
seriuoly. dia boleh tuduh DFJJ kutuk dan maki dia kat blog dia? is he serious? maki hamun dia kat situ? wtf?
itulah penamat segala limit kesabaran aku. secara ikhlas aku cakap, ini macam engkau dah tikam belakang aku la. kami semua terima dia sebagai kawan, sekarang lepas dia buat silap, tak mengaku, dan sekarang, alihkan tuduhan kepada kami? kepada DFJJ? haih.
dalam pada isu di atas, bila siposer mengatakan bahawa dia dah mengaku bersalah, setahu aku tidak. bila? dimana dia mengaku? mana pengakuan dia? kami tak pernah terima, sebarang email mahupun memo. dalam kenyataan dia mengenai dia telah meminta kebenaran untuk menggunakan gambar itu. erm, mula mula, dia cakap gambar itu diberikan kepada kawan nya untuk digunakan. dan aku dah hubungi husin anis, dan husin anis telah reply email aku seperti di bawah.
jadi, mana kawan? dan mana kebenaran yang siposer dah minta? hurm, musykil.
mula mula cakap diberikan pada kawan untuk digunakan, sekarang ckp dah minta kebenaran pada tuan punya gambar, dan siap tuduh kami laga laga kan engaku dgn fotografer asal? WTF?
tapi bila start tuduh geng DFJJ yakni nizamnuri maki hamun dia bertalu talu kat blog dia, itu dah fitnah. nizamnuri hanya request kebenaran dari dia, dan dia delete terus blog dia. hurm. berani kerana benar, takut kerana salah? surely boleh pakai kat sini...
ko harus faham AFZAN (aku taknak sebut nama dia, tapi aku sebut juga supaya dia sedar yang post ini adalah untuk dia), mencuri hak orang itu salah, inikan mengaku itu hak engkau. dan sekarang, orang itu mahu saman engkau dan DFJJ sekali. adakah kau rasa bangga?
walaupun bagi kau, situs ini kecik, dan mudah ko nak bohong dan tipu kami yg amateur ni, tapi ini hasil titik peluh kami, hasil titik peluh kawan kawan kami, kami collaborate, kami sumbang sikit demi sikit kudrat kami masuk dalam projek situs ini. jadi situs ini amat berharga bagi kami. ko datang, dan cemarkan apa yang kami bina atas dasar setia kawan dan keikhlasan. dan sekarang, kesalahan ko, ko cuba tundingkan pada kami pulak? manusia manusia yang menerima kau waktu kau cuba jinak jinakkan kami dengan "hasil kerja hebat" kau?
korang guna otak la. guna akal yang Allah kurniakan pada korang. tengok bukti. dan sememangnya dia dah mengaku. cuma dia fitnah kitaorang, DFJJ balik. itu yang mendatangkan amarah dan merobohkan segala benteng kesabaran aku.
aku minta maaf la kalau budak budak DFJJ ada terkasar, itu mmg cara kami. lagipun orang melayu tak faham kalau ckp lembut lembut, lagi lagi org org jenis siposer ni. so minta maaf sekali lagi.
wallahhualam...

Penipuan Demi Penipuan SiPoser, TAHNIAH!!!
Anda Telah Menjadi Famous... - by Beck
Sebuah surat terbuka untuk semua pelawat Digital Fhoto Jeritan Jiwa(DFJJ)...
salam...
saya, selaku mewakili pasukan persetankan ingin memohon maaf atas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, terutama sekali perkara perkara yang menyentuh tentang penggunaan fhoto-fhoto curi, melanggar hakcipta dan penipuan secara besar besarnyaoleh siposer.
jika masih ada yang tidak mengetahui tentang masalah ini, bolehlah meneliti artikel yang dikeluarkan oleh president bersama iaitu nizamnuri di sini dan post sebelumnya di sini.
dan untuk membaca artikel milik orang lain diluar kumpulan persetankan pula, bolehlah ke sini , sini , dan di sini hasil tulisan outsider(bukan admin atau moderator).
jika ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan ini, kerana telah menutup blog "rakan baik" iaitu dia, silalah kemukakan bukti bahawa dia berada di pihak yang benar, kerana dia sendiri tidak boleh berbicara dan menegakkan kebenaran bagi diri sendiri. satu petanda yang dia adalah penipu kelas C.
kami sememangnya tidak pernah dengki dengan siposer, kerana kami menerima segala sumbangan dia kepada situs ini dan menerimanya dengan tangan terbuka, tetapi, akibat daripada penipuannya, ramai telah terperdaya dan mengangkat diri siposer terlalu tinggi, sedangkan hasil kerja yang disumbangkan, adalah milik orang lain. yang mana milik orang lain ini juga telah dihakciptakan. seperti kerja Husin Anis(boleh lihat blog nizamnuri untuk tahu siapa husin anis). ini undang undang hakcipta, cyber or not, it is still wrong. menambahkan lagi keburukan, adalah siposer siap mengaku yang kawan dia yang menggunakan gambar dia, sedangkan si husin anis langsung tidak kenal siapa itu siposer berkenaan. jadi siapa yang betul?
saya sebagai president bersama situs ini telah cuba menghubungi husin anis, dan beliau dengan cara eloknya telah menghubungi saya semula, cuma sedikit kekeliruan pada pihak husin anis kerana mengingatkan bahawa DFJJ adalah milik siposer dan hampir hampir menyaman DFJJ. sayangnya kalau DFJJ disaman hasil tindakan penipuan seorang poser besar yang hanya mahukan nookie dan lapar pujian semata mata. sayang sekali...
perkembangan tebaru, adalah semalam. sewaktu rakan serumah saya membawa pulang senaskah majalah Digital Camera Malaysia edisi Jun, saya membelek seperti biasanya untuk tutorials dan sebagainya kerana ia adalah majalah wajib bagi kami berdua. alangkah terkejutnya ketika menyelak muka surat untuk calon calon pertandingan DC Photographer of The Year 2006. ini adalah beberapa shot majalah tersebut(minta maaf, tiada scanner di rumah dan di office).
fhoto ini adalah serupa dengan kontribusi siposer yang direject untuk Tema: Silhouette(silhouette pun tak tau, bengong tull). kecerdikan siposer ini terserlah. untuk tidak menimbulkan sebarang syak wasangka pemerhati fhoto fhoto, siposer mencuri hanya gambar gambar dari photographer dari satu nusantara, yakni indonesia mahupun yang sewaktu dengannya. kali ini daripada seorang photographer indonesia bernama Mustakin Irsan. kerana itulah kita dapat melihat gambar gambarnya boleh direlatekan kepada masyarakat atau komuniti kita. bijak bijak.
di sini, sekali lagi pihak admin DFJJ ingin memohon maaf kepada semua mereka yang terlibat. bahawasanya kami tidak pernah menggalakkan plagiarisme dan penipuan, tetapi lebih menitik beratkan hasil usaha sendiri, walaupun karya itu seburuk manapun dan tidak sehebat fhoto-fhoto kononnya "milik" siposer. kami mahu hasil kerja sendiri. kami bangga dengan hasil kerja sendiri...
akhir kata, silalah menyumbang dan merancakkan lagi DFJJ. jangan biarkan tindakan seorang poser menyebabkan kita semua sudah hilang semangat untuk berkarya. ingatlah, karya itu datang dari hati yang bersih dan ikhlas, tidak mengharap pujian, sebaliknya mahu dikongsi bersama rakan rakan DFJJ yang lain.
sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh menyembah tanah jua...
affendy zaidan, melaporkan untuk DFJJ...
esok saja...


Saturday, June 10, 2006
Thursday, June 08, 2006

Sunday, June 04, 2006
Edisi 10 - Sahabat
