Tuesday, January 19, 2010
Monday, August 21, 2006
Friday, August 18, 2006
Thursday, August 17, 2006
Wednesday, August 16, 2006
Tuesday, August 15, 2006
Sunday, August 13, 2006
Saturday, August 12, 2006
Wednesday, August 09, 2006
Tuesday, August 08, 2006
Monday, August 07, 2006
Saturday, August 05, 2006
Thursday, August 03, 2006
EDISI 12 - BEBAS
Tuesday, August 01, 2006
Saturday, July 29, 2006
Friday, July 28, 2006
Wednesday, July 26, 2006
Tuesday, July 25, 2006
Projek Persetankan Ke Arah Satu...
Saturday, July 22, 2006
Friday, July 21, 2006
Public Announcement July 21 2006
DFJJ Towards Becoming ONE...
salam semua sahabat sahabat DFJJ @ Persetankan... diharap semuanya berada dalam keadaan yang menyamankan dan diredhai Allah SWT. aku harap announcement ini diterima dengan baik dan ingatlah bahawa apa sahaja yang diperbincangkan di bawah, adalah di kalangan sahabat, yakni pengkontribusi di DFJJ ini sendiri. seperti yang sedia maklum, DFJJ telah pun melepasi thema ke11nya yakni MALAM. jadi jika diikutkan logik, satu thema untuk satu bulan, jadi the next thema akan menjadi milestone kepada setahun DFJJ berada di alam maya ini dan menjadi kebanggaan kita semua atas segala hasil usaha yang kita telah gembleng dan bergotong royong, memberi sumbangan, secara langsung dan tidak langsung. jadi terima kasih diucapkan kepada sahabat sahabat semua ikhlas daripada team admin DFJJ. walaupun dilanda pelbagai kontroversi, penipuan dan kebencian orang, kita masih di sini, meneruskan niat murni kita berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain dengan hasil usaha kita sendiri, yang semakin hari semakin amat membanggakan. tujuan aku menulis posting tergempar ini adalah berkenaan dengan masa depan situs ini juga. seperti yang sahabat-sahabat tahu,kita sudah mahu mencecah usia satu tahun, jadi admin admin DFJJ telah beberapa kali berbincang dan mendapat kata sepakat untuk melakukan beberapa perubahan besar. berikut adalah beberapa perkara yang telah lama dibincangkan.
- hal hal yang berkaian dengan logo atau button. pihak admin telah berusaha mewujudkan satu button atau logo utk sahabat sahabat bernaung di bawah satu crest yang sama. untukpengetahuan semua, logo ini sudah 85% siap dan akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. di harap selepas ini, logo itu akan digunakan untuk dipaparkan di laman web kepunyaan sahabat-sahabat sendiri, sebagai tanda sukongan dan juga kempen membesarkan keluarga kita sebagai sebahagian daripada promosi. logo ini juga mungkin akan dijadikan sticker atau button pin yang di kemudian harinya akan dijual kepada ahli ahli dgn harga kos, tiada keuntunganakan diambil, maybe sikit je untuk tabung gath and all.harap maklum.
- perkara berbangkit mengenai hosting dan domain untuk DFJJ.pihak admin telah berusaha untuk mendapatkan hosting baru untuk menempatkan DFJJ dibawah satu sistem baru untuk membuat arkib hasil kerja lama sahabat sekalian, dan tidak lagi menggunakan blogspotdan juga menggunakan .com sendiri yang lebih afdal dan menarik. hal ini telah dibincangkan dan dlm proses mengambil tindakan selanjutnya yang akan di sentuh di bawah nanti.
- meeting atau perjumpaan kecil admin dan juga ahli dalam waktu terdekat ini juga akan diadakan, tetapi arikh dan masabelum ditentuka, dan akan diberitahu sedikit masa lagi. harap bersabar. kerana suah ada yang mahu lepas geram tidak berjumpaberbulan lamanya dan ada juga yang geram kerana mahu berkenalan dengan sahabat sahabat DFJJ yang lain. Insyallah akan diadakan dengan meriah.
- penambahan beberapa orang muka baru dalam board DFJJ kerana beberapa org ketua turus sekarang sudah sibuk sedikit dengan kerja dan penempaan baru mereka.jadi muka muka baru yang dilantik akan meneruskan tradisi DFJJ dan semestiya akan mengukuhkan lagi DFJJ di masa hadapan.
maka, perkara yang seterusnya adalah diminta untuk sahabat sahabat sekalian ambil perhatian:-
- berkenaan dengan hosting dan domain. pihak admin telah mencadangkan agar duit yuran hosting dan domain dikutip di kalangan admin sahaja, tetapi oleh kerana ada masa perbincangan telah berjaya dihidu oleh ahli ahli lain, mereka memberikan cadangan untuk membuka sumbangan ini kepada semua ahli DFJJ. seperti yang diketahui, DFJJ tidak pernah meminta sebarang yuran ahli dan sebagainya. apa yang diinginkan di sini, adalah sumbangan ikhlas yang tak seberapa untuk sama sama menjayakan DFJJ yang masih kecil ini untuk berkembang di masa tedekat dan akan datang. jadi sumbangan sahabat sahabat sedikit sebanyak dapat melancarkan kerja kerja pemajuan DFJJ. Ketika ini, kutipan antara admin dan moderator hanya boleh menampung perbelanjaan hosting yang kecil, dan domain juga masih belum mampu dibeli. kami tidak meminta sahabat sahabat sekalian menyumbang sehingga ratusan ringgit, cuma ikut kemampuan dan kemahuan. dan juga mereka yang sudi menyumbang sahaja, bukan kewajiban untuk bersama DFJJ di sini. ianya diambil sebagai sumbangan ikhlas.
- berkenaan dengan nama domain pula, terdapat dua pilihan sama ada mahu menggunakan DFJJ.COM atau PERSETANKAN.COM, di comment nanti, sahabat sahabat semua boleh memberikan pendapat sekalian, dan mungkin kita akan adakan poll.
- berkenaan dengan gath atau eeting kecil DFJJ yang sepatutnya di adakan pada bulan 7 yang terpaksa ditangguh akibat kesibukan admin lain, harap sila kasi cadangan supaya boleh diperbincangkan di sini. mengenai tarikh dan tempat dan agenda perhimpunan.
- perlantikan muka muka baru DFJJ. buat sementara ini, kami mencari pengkontributor kerap yang mempunya akaun blogger, yang rajin dan berdedikasi untuk menguruskan hal hal DFJJ ketika admin dan moderator lain sibuk. jadi sesiapa yang berminat, sila kemukakan nama dan alamat email yang digunakan untuk blogger.com.
jadi perkara berikut adalah diharap boleh diperbincangkan dengan serius di ruang komen. cadangan, pandangan dan komen amat diambil berat. begitu juga dengan cadangan thema bulan depan. diharap lengkap segalanya posting ini, dan sahabat sahabat semua akan mudah faham... sekian. harap maklum...
wallahhualam...
dengan ikhlas, beck`` MONYET ARIES BERKEPALA MERAH
p/s:- maaf tulisan nampak sesak, menaip di laptop amat menyusahkan.